Satu lagi projek 'hiasan' Kerajaan Melaka.

0 comments


BANDARAYA MELAKA – Tapak permainan roller coaster di stesen monorel Hang Jebat berhampiran Sungai Melaka, di sini, menjadi tanda tanya kerana masih tidak berfungsi walaupun sudah siap dibina dua tahun lalu.

Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Mohd Yusof Hassan berkata, pembinaan tapak permainan itu dilihat sebagai pembaziran kerana sepatutnya ia menjadi tumpuan pengunjung.

“Saya difahamkan, ia masih belum mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kerana mempunyai beberapa masalah teknikal.

“Bagaimanapun, jika sudah dimaklumkan tidak menepati ciri keselamatan, sepatutnya pihak berkenaan haruslah berusaha menanganinya pada peringkat awal lagi,” katanya.

Malah katanya, beliau juga hairan kerana lokasi dipilih jauh daripada daripada tumpuan orang ramai dengan dibina di kawasan terpencil. - Sinar Harian


Duit Koperasi Kerajaan Negeri Melaka Hilang, ke mana perginya?

0 comments

ADUN PR Melaka di halang masuk ke Dewan Undangan Negeri - Ulasan ADUN PR

0 comments