Seorang petani terperanjat apabila menemui seekor buaya tembaga yang sedang mengeram di kawasan belukar berhampiran Sungai Putat di sini semalam.
Gui Ah Seng, 64, berkata, dia terserempak dengan buaya tersebut ketika membersihkan kebun sayurnya berdekatan belukar berkenaan kira-kira pukul 2 petang kelmarin.
"Saya mulanya mendengar bunyi menderam dalam satu kawasan belukar dan selepas diperiksa didapati seekor buaya sedang mengangakan mulut. Saya yang ketakutan terus melarikan diri.
"Saya datang ke belukar ini sekali lagi pada pukul 8 pagi tadi (semalam) dan melihat buaya ini masih berada di sini lalu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk meminta pertolongan menangkap buaya," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Ah Seng berkata, dia bimbang buaya itu akan membahayakan keselamatan para pemancing yang sering menjadikan Sungai Putat sebagai lokasi memancing.
0 comments:
Post a Comment