Lagi Ceramah UMNO vs Ceramah PAS

Shamsul Iskandar, PKR

Malam tadi bertempat di Bukit Beruang, DUN Bukit Baru, Parlimen Bukit Katil telah berlangsungnya ceramah anatara PAS dan UMNO. Seperti biasa, ceramah PAS sering diganggu oleh UMNO namun situasi malam tadi agak sedikit berbeza seperti sediakala.

ADUN Ayer Keroh, Khoo Paoy Tiong

Malam tadi menyaksikan anggota polis dan FRU turun padang dalam mengawal keselamatan yang dikhuatiri akan berlaku kekecohan yang timbul. Lebih 4 buah trak land rover, sebuah trak black maria, 3 kereta pegawai penyiasat, pasukan polis bermotor dan polis dari balai Bukit Baru turun padang.
Anggota PEKIDA yang dikerah oleh UMNO

Bilangan anggot polis yang datang lebih ramai dari mereka yng datang ceramah UMNO iaitu kira-kira hampir 100 orang termasuk anggota FRU, Special Branch dan pegawai penyiasat serta jurugambar polis. Ceramah pada mula timbul kekecohan apabila pihak polis menghalang orang ramai dari menghadiri ceramah namun dapat diselesaikan leh petugas PAS.

Ali Rustam berceramah tempat terbuka tapi PAS tidak boleh

Syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara petugas PAS dan anggota keselamatan adalah anggota keseamatan perlu membenarkan orang ramai masuk ke tempat ceramah manakala ceramah dibuat di dalam markaz tetapi tidak berlaku kepada ceramah UMNO.

Bilangan yang datang mendengar ceramh Ali Rustam

Ceramah UMNO boleh dilakukan ditempat terbuka namun ceramah PAS disekat dan tidak benarkan berceramah walhal itu kawasan markaz PAS. Begitu zalim anggota keselamatan sehinggakan menekan pihak PAS tetapi tidak pada UMNO.

Antara yang datang ceramah PAS walau dihalang pada awalnya

Ceramah kali ini juga tidak dibenarkan mengguakan pembesar suara sebaliknya hanya untuk dengar di kawasan persekitaran sahaja. Ini membuktikan bahawa UMNO takut dengan kehadiran yang ramai ke ceramah PAS malam tadi dan ceramah Mat Sabu sebelum ini.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli

Ceramah malam tadi turut mengundang Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (PAS), ADUN Ayer Keroh, Khoo Paoy Tiong (DAP) dan Shamsul Iskandar Mohd Akin dari Parti Keadilan Rakyat.

0 comments:

Post a Comment