Dulu sebelum roda gergasi belum dipindahkan ke Belgium, lokasi tersebut penuh dengan pelancong tetapi bukan untuk menaiki roda tersebut tetapi sekadar melihat sahaja roda tersebut. Punca kerugian roda tersebut adalah rentetan kerugian roda tersebut di Tasik Titiwangsa yang mana kerugian tersebut disambung oleh Kerajaan negeri Melaka.
Sekarang lokasi yang sama juga kini telah berubah wajah dari roda gergasi kepada permainan layang-layang yang turut diminati oleh golongan ibubapa. Tapak kenangan roda gergasi itu tidak akan dilupakan oleh kerajaan Melaka malahan rakyat Melaka menggantikan roda gergasi dengan layang-layang.
Kerajaan Melaka sepatutnya faham dengan istilah layang-layang dengan kunjungan pelancong yang bersantai sambil main layang-layang. Maksud tersebut merujuk kepada bahawa duit rakyat telah dibazirkan. Kerajaan Melaka tidak pernah mengerti erti duit rakyat.
Rakyat hanya menterjemahkannya dengan layang-layang kerana layang-layang melambangkan duit rakyat sudah melayang dengan pimpinan kerajaan Melaka hari ini. Hanya layang-layang sahaja yang mampu mengubat derita rakyat.
Sumber: kijang59
Sumber: kijang59
0 comments:
Post a Comment