Sebagai manusia kita telah diciptakan untuk menjadi khalifah yang mulia di bumi. Kejadian manusia itu adalah lebih baik dari malaikat sekiranya ia buat kebaikan kerana manusia itu mempunyai nafsu jika dibandingkan dengan malaikat yang hanya patuh akan arahan penciptaNya.
Dalam kehidupan ini telah diciptakan kaum Adam dan Hawa dalam menterjemahkan keadaan di muka bumi ini dengan bertambahnya zuriat yang harmoni maka dunia ini tidak terlepas dari segala metafora yang ada sama ada manusia itu baik ataupun sebaliknya.
Maka apabila dua pilihan hidup telah disatukan secara halal maka akan ada "pengeluaran" dari zuriat yang halal. Terciptanya bayi yang seterusnya melangkah ke alam kanak-kanak. Kita berbicara soal kanak-kanak sebelum kita memasuki alam remaja.
UMNO/BN rancak menuduh bahawa pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat) menggunakan kanak-kanak sebagai perisai mereka dalam berkempen dan juga mengadakan demonstrasi jalanan tempoh hari. Adakah membawa kanak-kanak terus dilabelkan sebagai perisai kanak-kanak?
Bagaimana dengan mereka yang tidak terlibat? Adakah mereka turut akan dilabelkan sebagai membawa kanak-kanak ke demonstrasi jalanan? Tahukah UMNO/BN erti perisai kanak-kanak sedangkan pembangkang yang perlu dipersalahkan dalm hal ini.
Bagaimana pula dengan situasi gambar di atas? Adakah ini cuma perhimpunan biasa yang mana UMNO/BN tidak pernah menggunakan perisai kanak-kanak? UMNO/BNsebenarnya lebih jumud dan bodoh dalam menilai sesuatu keadaan persekitaran.
Jika pembangkang yang lakukan, mereka akan katakan itu adalah perisai kanak-kanak tetapi apabila mereka yang berbuat demikianmereka hanya membisu seribu bahasa dan buat bodoh seperti keldai. Itulah minda UMNO/BN yang jumud lagi dangkal.
Mengapa perlu dipersalahkan kanak-kanak yang baru mengerti itu keseronokkan? Mana perginya demokrasi yang dilaungkan oleh gerombolan songkok tinggi berselitkan keris dipinggang. Harap songkok yang tinggi tetapi minda jenis ayam daging tunggu masa kena sembelih.
Biarlah kanak-kanak riang dengan kebebasan mereka. Jangan dipolitikkan kebebasan mereka dengan minda yang kusut-masai. Jika sebagai seorang pemimpin kita gagal melaksanakan tanggungjawab, usah berbicara soal perjuangan kalau takut digigit anjing jalang.
Jangan kerana kencing berdiri, rakyat pula kencing berlari. Siapakah yang mahu membersihkan kencing tersebut? Ubah minda biar intelek jangan dungu perkara-perkara yang pelik. Kerana kebodohan kita, maka rakyat akan gelak melata.
0 comments:
Post a Comment