Pilihanraya Negeri Sarawak melabuhkan tirai. Tahniah bagi yang menang dan bagi yang masih belum menang, anggap ianya sebagai kemenangan yang masih belum tiba . Bagi calon-calon yang terpilih di harapkan dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang di berikan.
Firman Allah s.w.t :
“ Sesungguhnya kami pikulkan amanah pada langit dan bumi serta gunung – gunung. Semuanya enggan memikulnya dan rasa kuatir akan kesanggupanya dan di terima oleh manusia. Sayang manusia itu zalim dan jahil “. ( Al Ahzab – 72 ).
Memikul amanah dalam konteks para pemimpin nagara adalah suatu perkara yang amat berat kerana amanah atau jawatan inilah nanti akan di tanya di akhirat kelak bagi pemimpin yang benar-benar telah melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin. Sebahagian ulama menjelaskan maksud amanah pada firman Allah di atas adalah 'Taat' iaitu berbuat baik, yang bersifat khusus dan umum, ianya juga sebagai karakter dan perangai yang di lakukan dengan penuh kesedaran dan keinsafan.
Allah juga menempelak golongan manusia yang di beri amanah ini dengan sifat zalim dan jahil (bodoh). "Innahu kana zhalumam jahulan". Iaitu golongan manusia yang zalim pada amanah yang di ertikan dengan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Seperti mana yang kita alami sebagai rakyat di mana banyak hukum dan undang-undang di cabul dan di selewengkan dan yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri.
Sebagai contoh, akta Hasutan dalam Negeri (ISA), iaitu undang-undang yang pada mulanya baik bagi menentang kaum komunis dan pemberontak yang berbahaya pada negara, tetapi hari ini akta ini telah menjadi alat dan lesen bagi para penguasa untuk menangkap rakyat yang kononnya menjadi ancaman sedangkan tidak langsung di beri peluang di bicara. Begitu juga undang-undang di dalam soal penyampaian maklumat, di mana adalah menjadi suatu kesalahan andai maklumat yang palsu di sebarkan di media. Namun hari ini kepalsuan dan fitnah menjadi 'candu' bagi segelintir golongan bagi menyelamatkan karier politik sambil membunuh karakter musuh politik mereka. Peliknya, media baru dan media arus perdana menjadi penghangat fitnah dan kepalsuan ini. Mengapa pemimpin yang berkuasa tidak endah tentang masalah ini? Bahkan semakin galak melakukan untuk survival politik mereka?
Ini adalah salah satu kezaliman pada amanah yang di berikan. Sedangkan di dalam Al-Quran Allah telah menjelaskan " Wahai orang – orang yang beriman jadilah kamu orang – orang yang benar – benar penegak keadilan, menjadi saksi karana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu akan kemaslahatanya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbalikan kata – kata atau enggan menjadi saksi maka sesungguhnya Allah Swt adalah maha mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." (An-Nisa 135)
Imam Muhammad Abduh menjekaskan, bahwa amanah itu adalah suatu hasrat manusia untuk menunaikan kewajipanya dengan sempurna dalam tugas-tugas dan pekerjaan yang di serahkan padanya. Dalam maksud lain beliau menerangkan bahawa memelihara amanah adalah memelihara hak iaitu hak Allah Swt dan hak–hak sesaman manusia.
Tetapi jika hak-hak kita sesama manusia pun gagal di laksanakan bagaimana pula hak kita dengan Allah? Sebab itu hari ini kebanyakan manusia khususnya pemimpin negara semakin berani mencerca dan mempelekehkan hukum Allah, hukum Hudud dengan pelbagai cacian dan tanggapan atas dasar akal fikiran mereka sendiri. Ini lah natijah kepada kezaliman hak Allah yang menyuruh manusia melaksankan hukum-Nya, bukan menghina. Kesannya sehingga hari ini hubungan sesama manusia menjadi kacau, jenayah, keruntuhan moral, bunuh membunuh, peperangan dan lain-lain.
Kesimpulannya, ingatlah bahawa amanah (jawatan) itu suatu yang berat terutamanya buat para pemimpin negara yang menjadi ketua di kalangan rakyat bawah. Dari ketua lah akan wujudnya sistem atau undang-undang, dan sistem dan undang-undang inilah yang akan membentuk masyarakat. Jika baik pemimpin itu melaksanakan amanah, maka baiklah sistem dan amanlah masyarakat, begitu sebaliknya. Namun andai amanah yang di pikul itu di gunakan sebagai lesen untuk memuaskan nafsu maka jawablah dengan Allah di akhirat nanti akan apa yang telah di lakukannya di dunia.
Allahualam./suara_melaka
0 comments:
Post a Comment