Flat Tengkera Jaya Kekurangan Sumber Air…!!!

Hampir 3 minggu sekeluarga mandi di koridor rumah

1) Lebih 300 penduduk Blok G Pangsapuri Tengkera Jaya, Taman Siantan, Tengkera merayu pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) agar dapat berbuat sesuatu terhadap tekanan air yang terlalu rendah di kediaman mereka sejak tiga minggu lalu.

2) Menurut Roszaini, banyak aduan telah dibuat kepada MBMB namun masalah yang dihadapi masih belum diselesaikan.

“Kami yang tinggal di tingkat empat sudah tidak sanggup lagi untuk turun naik mengangkut air ke rumah setiap hari.”

“Keadaan semakin teruk sejak tiga minggu lalu dan mengambil masa satu hari untuk penuhkan sebuah tangki air.”

“Air dalam tangki pula hanya cukup untuk memasak dan membasuh pakaian dan untuk mandi, saya bersama lima anak berusia setahun hingga lapan tahun terpaksa mandi di koridor rumah menggunakan tadahan air hujan,”

Masalah tekanan air rendah di pangsapuri tersebut menyebabkan banyak urusan harian penduduk terganggu terutama bagi mereka yang bekerja.”

3) Seorang pegawai Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) pernah datang membuat pemeriksaan namun keadaan masih tidak berubah.

4) Dimana pihak bertanggungjawab…? Banyak aduan & rayuan telah dibuat… Pegawai SAMB juga telah buat pemeriksaan… Apa lagi yang ditunggu?


p/s: pengaliran air di Melaka berkadar songsang dengan pengaliran bil air di Melaka..elok la tu..

0 comments:

Post a Comment