Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Otak Terburai, Kepala Dipecahkan

0 comments

Ini sebuah kisah yang berlaku di negara yang bergolak iaitu Bahrain. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana kepala telah ditetak sehinggakan terkeluar segala isi di dalm kepala. Diharapkan kepada yang ingin melihat mestilah daripada bebas jantung dan darh tinggi. Ibu mengandung tidak sesuai untuk menonton foto ini.

18SG: Tentera Wahabi mula membunuh di Bahrain.
Jika anda kuat anda boleh terus melihat foto-foto berikut.






























Ini berlaku di Sitra, Bahrain kelmarin. Ulama wahabi dalam mendokong tindakan tentera Saudi di atas telah menfatwakan adalah dibolehkan membunuh orang-orang yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak, klik sini kerana Syiah adalah kafir.


Ambulan dan anggota paramedik turut diserang secara ganas oleh tentera Saudi.



Serangan terhadap penunjuk perasaan di Bahrain. Di mana sokongan dunia seperti yang dinikmati demonstran di Mesir tempoh hari?

Terbunuh Terjerut Hijab Ketika Go-Kart

0 comments

Seorang wanita terbunuh apabila hijab yang dipakainya terlilit pada gandar go-kart yang sedang dipandunya semalam.

Wanita berusia 26 tahun itu berkunjung bersama keluarganya di litar go-kart Port Stephens di New South Wales apabila hijabnya terbelit gandar kereta lumba itu ketika ia dipandu laju, demikian menurut The Australian Associated Press.

Paramedik berkata, wanita yang berasal dari Sydney itu mengalami kecederaan yang serius di lehernya menyebabkan jantungnya terhenti selepas kain hijab itu melilit lehernya.

Orang ramai yang terkejut dengan kejadian itu berjaya mengeluarkan wanita itu dan diterbangkan ke hospital John Hunter di Newcastle dalam keadaan kritikal.

Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian.

"Ketika mangsa sedang memandu sebahagian kain hijabnya terbelit di gandar go-kart dan membelit lehernya,” kata Inspektor Brian Larkham yang bertugas di Port Stephens.

Polis berkata, wanita itu dan keluarganya sedang bercuti di Port Stephens.