Gadai Nyawa


BUKIT BERUANG - Pejalan kaki yang menggunakan laluan utama di hadapan Universiti Multimedia (MMU) berdepan kemungkinan maut berikutan tiada kemudahan jejantas di kawasan berkenaan.

Keadaan jalan sentiasa sibuk dengan kenderaan turut menyukarkan mereka menyeberanginya.

Rata-rata mereka yang ditemui melahirkan hasrat mendapatkan kemudahan jejantas bagi memudahkan melintas jalan untuk ke sesuatu lokasi di situ.

Selain penduduk, antara yang turut mengharapkan kemudahan terbabit adalah pelajar dari dua institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu MMU dan Kolej Komuniti Bukit Beruang.

Meskipun terdapat laporan mengenai beberapa kejadian kemalangan berlaku di kawasan terbabit, namun masih belum terlambat untuk pihak berkuasa bertindak mengelakkan kejadian tidak diingini terus berlaku.

0 comments:

Post a Comment