Showing posts with label Bukit Katil. Show all posts
Showing posts with label Bukit Katil. Show all posts

Ucapan Tahniah kepada DPP Negeri Melaka !!

0 comments


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil merakamkan sekalung tahniah buat Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka yang baru iaitu Tuan Haji Yuhaizad bin Abdullah yang bakal menerajui kepimpinan pemuda Melaka untuk sesi akan datang. Tidak lupa ucapan tahniah buat Timbalan Ketua Pemuda, Al-Fadhil Ustaz Musa Muhammad dan Naib Ketua Pemuda, Saudara Yuzi Azhar dan beberapa Ahli jawatankuasa yang di lantik.

DPPKBK juga merakamkan tahniah kepada semua panitia Muktamar DPPNM kali-36 ini yang menjadi penggerak kepada kelancaran program Muktamar walaupun menerima pelbagai ujian dari luar.

Selaku sayap pemuda di peringkat kawasan dan atas kapasiti saya sebagai Ketua Pemuda Kawasan Bukit Katil, saya dan ahli jawatan kuasa DPPKBK berjanji dan beriltizam untuk memberikan sepenuh komitmen pada segala setiap gerak-kerja yang di laksanakan di bawah kepimpinan pemuda negeri kali ini.

Moga Allah membantu segala usaha dan gerak kerja amal Islami yang dilakukan. InsyaAllah.

Jauhar Dawi - Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil

Himpunan Bantah Roboh PASTI [15/04/2011]

1 comments


"Nak Robohkan PASTI Bukit Katil, Memang Sangat Zalim, Kami Akan Pertahankan"

MELAKA- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Melaka di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil sekali lagi telah mengadakan himpunan aman bagi membantah perobohan PASTI di Bukit Katil selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Himpunan aman yang di laksanakan ini adalah rententan kepada himpunan-himpunan aman yang telah di lakukan sebelum sebagai reaksi rakyat khususnya di sekitar kawasan Bukit Katil atas tindakan zalim kerajaan negeri Melaka di bawah pemerintahan Dato' Ali Rustam yang mahu merobohkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Jalan Demang Husin, Bukit Katil. Atas nama pembangunan, iaitu mahu membina sebatang jalan Ali Rustam sanggup merobohkan PASTI tersebut yang di bina sejak berbelas tahun lalu di atas tanah wakaf yang di derma oleh orang ramai.



TYDP PAS Melaka, Sdr.Adly Zahari memberi ucapan




Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek turut memberi ucapan.




Pengerusi Lujnah Tarbiyah Pemuda Melaka, Ustaz Musa menamatkan himpunan dengan bacaan doa.


Pihak Polis sekadar lalu..


























Tindakan zalim ketua menteri Melaka ini sememangnya bermotifkan politik sempit. Pihak PASTI dan PAS Kawasan sendiri telah acap kali membawa usul dan cadangan kepada kerajaan Negeri agar mencari laluan alternatif sebagai contoh di mana di hadapan bangunan PASTI tersebut terdapat kawasan lapang yang boleh di gunakan untuk membina jalan. Bahkan dengan bantuan YB dari DAP, isu ini juga telah di bawa ke Dewan Undangan Negeri Melaka untuk di bahaskan. Namun keangkuhan kerajaan Ali Rustam langsung tidak mengendahkan isu ini.

Setakat ini projek merobohkan PASTI atas alasan untuk membuat jalan ni sedang laksanakan dengan beberapa peringkat mengikut kawasan tertentu. Ada bahagian dan kawasan telah mula di laksanakan kerja-kerja pembinaan dan di fahamkan projek ini akan lakukan mengikut mood rakyat dan bacaan politik semasa tanahair.

Konvoi Pemuda PAS Bukit Katil

0 comments

Seramai 30 orang telah menyertai rombongan konvoi jelajah Parlimen Bukit Katil yang melibatkan 20 buah motosikal dan 4 buah kereta untuk menyampaikan mesej kepada rakyat mengenai isu yang berlaku dalam negara khasnya di dalam negeri Melaka.

Konvoi tersebut bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 1 petang di Markaz PAS Kawasan Bukit Katil. Setelah selesai, peserta konvoi menunaikan solat zohor berjemaah di Masjid berdepan dengan Markaz PAS Bukit Katil. Konvoi tersebut memberi isyarat kepada keangkuhan kerajaan BN Melaka yang cuba merobohkan PASTI dan Surau di kawasan tersebut.

Jumaat lepas juga telah diadakan demonstrasi membantah kezaliman kerajaan UMNO/BN yang cuba merobohkan PASTI dan surau tersebut. Demonstrasi diadakan di hadapan Masjid berhadapan dengan Markaz PAS.








Ali Rustam Cabar PAS Melaka

0 comments



Bagaikan termakan cili, Ali Rustam tidak senang duduk dengan kritikan daripada Pakatan Rakyat dan orang ramai mengenai penubuhan Sekolah Harapan yang ditubuhkan oleh Ali Rustam di Jasin. Walaupun sekolah yang ditubuhkan itu baru berusia sebulan lebih tetapi telah melahirkan seorang bayi pertama.

Berikut adalah kenyataan yang dikemukan oleh Ali Rustam kepada Pakatan Rakyat dalam media baru-baru ini.

Setelah terlalu lama bersabar dengan pembangkang yang mengutuk tindakannya menubuhkan Sekolah Harapan bagi membendung gejala pembuangan bayi, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mencabar mereka berdebat dengannya mengenai isu sekolah itu secara terbuka.

Beliau pada bila-bila masa bersedia untuk berbuat demikian menerusi saluran media elektronik di negara ini.

"Kalau Pas tak suka kita tubuhkan Sekolah Harapan sekali pun, tak perlulah sampai dalam khutbah Jumaat, tazkirah sepanjang masa termasuk di bulan puasa, menulis dalam blog untuk mengata dan menghina kerajaan Melaka.

"Kalau betul-betul berani, jumpa saya bila-bila masa pun, kita guna semua stesen televisyen dan saya akan jelaskan mengapa saya tubuhkan Sekolah dan Rumah Harapan di Jasin ini," katanya.

Badar Qubro Bersama Timbalan Presiden

0 comments

Semalam berlangsung majlis Ceramah Badar Qubro yang berlangsung di Markas PAS Bukit Katil yang dianjurkan oleh MTD Bukit Baru. Kehadiran Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa ke Markas Bukit Baru sempena Ceramah dan Malis perasmian Pusat Aduan Rakyat MTD Bukit Baru.

Kehadiran Timbalan Presiden

Perasmian Pusat Aduan Rakyat

Sambutan dari penduduk setempat

ADUN Ayer Keroh, Khoo Paoy Tiong

Pesuruhjaya PAS, Ustz Abdul Ghani

Timbalan Presiden PAS, Ustz Nasharudin

Tandatangan bantahan merobohkan PASTI dan surau

Jamuan makan pimpinan Pakatan Rakyat

Sambutan Merdeka PAS Bukit Katil

0 comments

Ucapan oleh YDP PAS Bukit Katil

Anak-anak Kecil Turut Serta Dalam Sambutan Merdeka

Muslimat turut serta dalam sambutan kibar bendera Malaysia

Antara pimpinan yang hadir

Hampir 150 orang yang hadir dalam majlis sambutan merdeka

Ketua Menteri Taraf JKKK

0 comments

Tahukah anda sebagai rakyat negeri Melaka akan Ketua Menteri, Ali Rustam akan projek terbarunya dalam merealisasikan Melaka Maju 2010 pada 20 Oktober 2010? Tiga projek tersebut berkaitan dengan negeri China iaitu Roda Gergasi, Pengangkutan awam seperti bas dan mengadakan penerbangan MELAKA-CHINA.

Roda Gergasi

Ali Rustam sebelum ini telah berurusan dengan sebuah syarikat dari China untuk pembelian roda gergasi untuk menggantikan roda gergasi yang lama berasal dari Belgium yang katanya Ali Rustam syarikat dari Belgium itu mempunyai masalah. Sedar atau tidak bahawa yang diperkatakan oleh Ali Rustam itu sebenarnya menunjukkan kebodohannya dalam memberi jawapan. Dia boleh bercakap dalam RTM atau TV3 tetapi tidak boleh menipu siaran dari CNN atau BBC.

Sebenarnya bukan syarikat dari Belgium yang bermasalah sebaliknya kerajaan Melaka pimpinan Ali Rustam yang bermasalah dalam menguruskan kewangan. Sambutan yang tidak menggalakkan dari pelancong mengakibatkan roda gergasi “Eye On Malaysia” mengalami kerugian hampir RM46juta dan telah disita serta ditarik balik oleh Belgium. Walau baru berusia setahun lebih, namun roda itu tetap tidak mendapat sambutan.

“Eye On Malaysia” sebenarnya telah mengalami kerugian ketika berada di Taman Titiwangsa dan tindakan kerajaan Melaka membeli roda itu untuk menjadi daya penarik negeri Melaka sebaliknya telah menjadi seperti tikus membaiki labu.

Bas

Kerajaan Melaka akan membeli 10 buah bas baru bagi menggantikan Bas Panorama Melaka yang sedia ada. Harga sebuah tersebut bernilai RM235,000 seunit yang ditempah khas dari Negara China.

Bas tersebut dijangka tiba selepas 3 bulan dari tarikh tempahan dan dikendalikan oleh syarikat PM Culture and Tour (PMCT). Bas tersebut juga dikatakan mempunyai CCTV yang dipasang dari Negara China. Boleh dikatakan semua produk ini dari China.

Selain bas di atas, Ali Rustam juga turut berminat untuk membeli bas yang menggunakan tenaga elektrik juga dari Negara China. Semua itu dalam proses untuk dilaksanakan. Maka selepas ini semua barangan di Melaka berasal dari Negara China. Tiada lagi produk “Made in Malaysia ataupun Buatan Malaysia.”

Penerbangan

Sehingga ke hari ini LapanganTerbang Antarabangsa Melaka (LTAM) masih lagi tiada berpenghuni oleh syarikat penerbangan luar. Hanya dua syarikat penerbangan sahaja yang mendarat dilapangan tersebut iaitu Riau Air dan Wing Air. Syarikat MAS sendiri pun tidak yakin untuk mendarat dilapangan terbang ‘berhantu’ ini kerana mengambil kira faktor kos dan cukai lapangan terbang yang dikenakan.

Kerajaan Melaka cuba mengadakan penerbangan antara syarikat penerbangan Melaka dengan syarikat penerbangan China yang akan bermula pada 9 September 2010 (syarikat China lagi). Mungkin kerana faktor kos yang murah, maka Ali Rustam memilih China sebagai penerbangan. Harus diingat penerbangan ke China adalah sewa khas (sewa khas lagi, ini mesti mahu penuhkan kapal terbang dangan kaki tangan kerajaan supaya penerbangan Melaka mendapat sambutan).

Sebelum ini ada penerbangan sewa khas ke Indonesia tetapi semua yang menaiki penerbangan khas adalah dari kakitangan jabatan kerajaan yang dipaksa untuk memenuhi pesawat tersebut (sungguh terdesak Ali Rustam). Syarikat yang mengendalikan itu adalah syarikat tempatan yang mana destinasi ke China melibatkan Xiangjiang, Macau dan Nanjing.

Dengan nada yakin Ali Rustam berkata bahawa 50 penerbangan boleh dilakukan dan penerbangan pertama adalah 9 september 2010 yang menggunakan 737 dan Airbus 320 (betul ke ni, macam tidak percaya).

Macam lawak dengar kenyataan Ali Rustam ketika berucap di Bukit Katil sempena program Bumi Hijau. Boleh ke Ali Rustam capai 50 penerbangan sedangkan penerbangan yang sebuah pun terpaksa menegerah kakitangan kerajaan secara paksa. Selepas ini sebuah negeri di Malaysia tidak akan mempunyai nama Melaka sebaliknya akan bertukar nama MELAKA-CHINA (MELANA).

Nama Melana sudah wujud di Melaka iaitu Parit Melana. Kemungkinan itu satu sejarah kepada Melaka dalam membeli barangan murahan dari Negara China kerana barangan yang berkualiti telah ditarik balik gara-gara tiada duit untuk membayarnya kerana terlibat skandal rasuah atau dengan kata nama lain korup. Melaka Maju 2010 (mimpi yang kian nyata).

Sumber: kijang59

Duda Dibunuh

0 comments

REDZWAN ditemui mati di rumah rumahnya di Seksyen 1, Bukit Katil, Melaka semalam.


Hasrat seorang duda untuk melangsungkan pertunangan Sabtu ini tidak kesampaian apabila dia mati dibunuh selepas rumahnya di Seksyen 1, Bukit Katil di sini diceroboh penjenayah semalam.

Mangsa Mohd. Redzwan Ali, 58, meninggal dunia dalam kejadian antara pukul 9.30 malam hingga 3.15 pagi setelah dia cedera teruk akibat dua kesan tikaman di dada.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa dijumpai mati dalam keadaan duduk dengan tangan terikat ke belakang di atas sofa di sebuah bilik di rumahnya.

"Siasatan mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah mangsa dan polis mengesyaki kemungkinan semasa kejadian rumah mangsa tidak dikunci atau mangsa mengenali suspek," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Harga Perhentian Bas RM44,525?

0 comments


ADUN Ayer Keroh menujukkan gambar perhentian bas kepada hadirin

Percaya atau tidak harga sebuah perhentian bas dalam Melaka bernilai RM44,525? Itulah yang didedahkan oleh ADUN Ayer Keroh, Khoo Paoy Tiong dalam ucapannya di Markas PAS Bukit Katil.

Inikah yang dikatakan RM44,525?

Tindakan kerajaan Melaka membina perhentian bas ini dianggap membazir kerana tidak seperti harga RM44,525. Kos yang dianggarkan hanyalah kurang dari RM10,000 kerana struktur binaannya banyak daripada simen berbanding kayu.


Percaya atau tidak?

Apa yang diketahui umum, harga simen lebih murah berbanding dengan harga kayu. Tetapi apakah yang menyebabkan harga perhentian bas itu bernilai RM44,525? Tidak lain tidak bukan adalah kerana sikap kerajaan yang mengamalkan rasuah dai dulu, kini dan selamanya.


Kayu dibahagian bumbung sudah reput. RM44,525 kosnya?


Jika diperhatikan dibahagian bumbung perhentian bas itu, keadaan kayunya sudah mereput dan tidak menggambarkan harga RM44,525. Begitu banyak sekali pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Melaka dikala rakyat dihimpit dengan kesusahan.

Gambar Ceramah Isu Judi Bola

0 comments

Hadirin yang hadir

Bertempat di Markas PAS Bukit Katil telah diadakan ceramah berkaitan judi bola sepak yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dan ADUN Ayer Keroh, Khoo Paoy Tiong.

Ucapan dari ADUN Ayer Keroh

Seramai 100 orang hadir dalam ceramah yang memfokuskan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola piala dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Tindakan kerajaan meluluskan lesen judi menunjukkan mereka sudah ketandusan kewangan sehinggakan meluluskan lesen judi bola.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad

Dalam ucapan tersebut juga menyentuh tindakan seorang melayu yang kononnya beragama Islam telah meluluskan lesen judi bola sepak. Nama sahaja Islam namun hanya bersifat rektorik. Mana perginya pejuang bangsa yang dilaung-laungkan oleh parti keris?


ADUN Ayer Keroh, Khoo Paoy Tiong

Pada masa yang sama, ADUN Ayer Keroh turut membidas tindakan kerajaan Melaka yang dikatakan banyak menghabiskan duit rakyat dengan projek yang terbengkalai seperti pembinaan tempat menunggu bas yang bernilai kira-kira RM44,525.


Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek

Ketua Pemuda PAS Melaka pula menyentuh isu berkaitan LApangan Terbang Antarabangsa Melaka yang dikatakan gagal mendapat sambutan walaupun telah dirasmikan pada Februari lalu sebagai lapangan terbang antarabangsa. Sehingga sekarang tiada syarikat penerbangan yang berminat untuk mendarat di Melaka kerana dikhuatiri akan mengalami kerugian.