Duda Dibunuh

REDZWAN ditemui mati di rumah rumahnya di Seksyen 1, Bukit Katil, Melaka semalam.


Hasrat seorang duda untuk melangsungkan pertunangan Sabtu ini tidak kesampaian apabila dia mati dibunuh selepas rumahnya di Seksyen 1, Bukit Katil di sini diceroboh penjenayah semalam.

Mangsa Mohd. Redzwan Ali, 58, meninggal dunia dalam kejadian antara pukul 9.30 malam hingga 3.15 pagi setelah dia cedera teruk akibat dua kesan tikaman di dada.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa dijumpai mati dalam keadaan duduk dengan tangan terikat ke belakang di atas sofa di sebuah bilik di rumahnya.

"Siasatan mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah mangsa dan polis mengesyaki kemungkinan semasa kejadian rumah mangsa tidak dikunci atau mangsa mengenali suspek," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

0 comments:

Post a Comment