Konvoi Amal



Sebanyak 70 motosikal berkuasa tinggi terdiri Kelab Puchong Bikers, Setia kawan Bikers dan sebagainya berkumpul menjalankan misi beramal di Negeri Melaka.

Presiden Puchong Bikers, Khairull Hafiz Ismail berkata, pihaknya sering menganjurkan aktiviti seumpama itu bagi memastikan ahli kelab dapat berseronok di samping mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.

Menurutnya, program berkonvoi sambil beramal itu tidak dijalankan di sekitar Kuala Lumpur sahaja biarpun mereka berpusat di sana.

“Kita gemar mengadakan aktiviti ini kerana ia memberikan lebih pengalaman kepada kami.

"Walaupun cenderung dengan aktiviti konvoi tetapi kami tidak melupakan tanggungjawab terhadap masyarakat," katanya.

Hafiz berkata, program itu kali kedua dijalankan dalam bulan Jun dan setiap program dijalankan lebih ke arah kebajikan.

Dia yang juga satu-satunya penunggang motosikal berkuasa tinggi orang kurang upaya (OKU) berkata, kekurangannya tidak pernah mematahkan semangat biarpun menggunakan kaki palsu.

“Selagi mampu, saya akan terus bersama mereka untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti berteraskan kemasyarakatan dalam usaha membantu golongan memerlukan,” katanya,

Menurutnya, pemilihan Kampung Pinang sangat tepat memandangkan memerlukan peruntukkan untuk membaik pulih Masjid Pokok Asam.

“Ahli kelab sepakat membuat derma dan kami berjaya mengumpulkan sebayak RM5,850.

“Wang itu akan digunakan untuk membeli tanah perkuburan baru bagi umat Islam di sini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment