Ceramah Bantah Judi vs Ceramah Bola UMNO

YB Khoo Paoy Tiong

YB Khoo dalam ucapannya menyentuh sikap kerajaan Melaka yang membazir duit rakyat mengatakan kerajaan negeri membelanjakan RM44,525 untuk membina perhentian bas. Sila layari link ini.

Mustafa Kamil Ayub

Mustafa Kamil Ayub turut tidak melepaskan peluang dalam ceramahnya berkaitan isu nasional. Beliau turut menyentuh isu berkaitan APCO dan judi yang ada kaitan dengan pemimpin UMNO/BN.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Salahudin Ayub

Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menyampaikan ceramah beliau mengenai masalah judi yang diluluskan oleh UMNO/BN. Ketika sedang berucap, ceramah pada malam itu turut diprovokasi dengan ceramah UMNO yang hanya jarak 100 meter sahaja dari tempat ceramah Pakatan Rakyat.

Salahuddin turut mencabar Ali Rustam yang selaku Ketua Menteri Melaka agar duduk di satu pentas untuk sesi berdebat atau berhujah mengenai masalah yang berlaku dalam kepimpinan UMNO terutama yang melibatkan rasuah.


Dari kiri: Ustz Abdul Ghani, Salahudin Ayub, Mustafa Kamil Ayub dan Khoo Paoy Tiong

Kain rentang bantah judi


Kain rentang ceramah umum menyaksikan seramai 200 orang yang datang dalam ceramah kali ini menyaksikan Ketua Menteri Melaka dalam kepanasan kerana Bukit Baru merupakan kubu kuat UMNO dan pada malam itu telah dibuktikan oleh rakyat dengan kehadiran mereka pada kali ini.

Turut hadir adalah anggota polis dan unit cawangn khas membuat liputan pada ceramah kali ini dan ceramah UMNO hanya dihadiri golongan waita semata-mata untuk membawa balik buah durian.

Cuba anda bayangkan UMNO buat ceramah sambil tengok bola? begitu ceteknya pemikiran pemimpin UMNO seperti yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian bahawa bola itu nampak canti tetapi kosong di dalamnya. Begitulah perumpamaan yang dilontarkan kepada ALl Rustam

0 comments:

Post a Comment