Dulu Curi Avanza JAIM, Sekarang Curi Waja JPM

ANGGOTA polis menunjukkan kereta Proton Waja yang dipandu suspek sebelum terbabas di Pasir Panjang, Port Dickson kelmarin.


Bukan calang-calang wanita apabila dia sekali lagi telah mencetuskan suasana panik dengan melarikan sebuah kereta jenis Proton Waja milik Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kejadian di Batu Berendam di sini kelmarin.

Wanita berusia 22 tahun tersebut sebelum ini terlibat dalam kes melarikan sebuah kereta jenis Toyota Avanza milik seorang pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ketika dia ditahan di pejabat pegawai tersebut pada pukul 5.30 pagi 14 Mei lalu.

Dia ditahan semula pada pukul 9 pagi keesokan hari oleh sepasukan polis di rumahnya di Kampung Gadek, Alor Gajah ketika sedang mencuci kereta itu.

Bagaimanapun, semalam lain pula ceritanya. Wanita yang masih bujang itu telah membuat onar dengan memandu kereta Proton Waja tersebut hingga ke Port Dickson secara berbahaya hingga memaksa enam buah kereta peronda mengejarnya.

Selain itu, suspek turut merempuh dua operasi sekatan jalan raya di Masjid Tanah dan Kuala Sungai Baru di sini.

Kejadian berlaku apabila suspek dikatakan telah mencuri kereta tersebut pada pukul 9 malam ketika pemandunya pulang sebentar ke rumah untuk menukar baju tanpa mematikan enjinnya.

Pemandu itu kemudian ternampak seseorang melarikan kereta tersebut yang diletakkan di luar rumah.

0 comments:

Post a Comment