Ali Rustam Cabar PAS Melaka



Bagaikan termakan cili, Ali Rustam tidak senang duduk dengan kritikan daripada Pakatan Rakyat dan orang ramai mengenai penubuhan Sekolah Harapan yang ditubuhkan oleh Ali Rustam di Jasin. Walaupun sekolah yang ditubuhkan itu baru berusia sebulan lebih tetapi telah melahirkan seorang bayi pertama.

Berikut adalah kenyataan yang dikemukan oleh Ali Rustam kepada Pakatan Rakyat dalam media baru-baru ini.

Setelah terlalu lama bersabar dengan pembangkang yang mengutuk tindakannya menubuhkan Sekolah Harapan bagi membendung gejala pembuangan bayi, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mencabar mereka berdebat dengannya mengenai isu sekolah itu secara terbuka.

Beliau pada bila-bila masa bersedia untuk berbuat demikian menerusi saluran media elektronik di negara ini.

"Kalau Pas tak suka kita tubuhkan Sekolah Harapan sekali pun, tak perlulah sampai dalam khutbah Jumaat, tazkirah sepanjang masa termasuk di bulan puasa, menulis dalam blog untuk mengata dan menghina kerajaan Melaka.

"Kalau betul-betul berani, jumpa saya bila-bila masa pun, kita guna semua stesen televisyen dan saya akan jelaskan mengapa saya tubuhkan Sekolah dan Rumah Harapan di Jasin ini," katanya.

0 comments:

Post a Comment