Lima Murid Positif H1N1 di Jasin

Lima murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kesang Tua terpaksa menangguhkan menduduki ujian bulanan sekolah selepas dinasihatkan kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah untuk dikuarantinkan di rumah masing-masing setelah disyaki mengalami Influenza A (H1N1).

Murid terbabit, berusia antara enam dan 12 tahun, dikenal pasti tinggal di sekitar kawasan Taman Kesang Damai dan Taman Kesang Indah.

Guru Besar, Ahmad Abd Wahab berkata, pada mulanya, ramai daripada muridnya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kemendor.

Menurutnya, Jumaat lalu, beberapa kakitangan Jabatan Kesihatan datang ke sekolah berkenaan untuk membuat pemeriksaan.

“Hasil daripada pemeriksaan itu, mereka mendapati seramai 24 murid sekolah mengalami demam dan batuk, di mana spesimen contoh diambil daripada lima orang untuk diuji.

“Sabtu lalu, Jabatan Kesihatan mengesahkan lima contoh diambil dari sekolah ini didapati positif jangkitan Influenza A (H1N1) dan Hospital Jasin ada membekalkan murid berkenaan ubat serta mereka diarahkan dikuarantin di rumah,” katanya. 

Sumber: Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment