Showing posts with label Jasin. Show all posts
Showing posts with label Jasin. Show all posts

GERAM di Pasar Besar Jasin.

2 comments

Kredit to blogger: Legendz

Jasin, 5/5/2011- Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM) bersama rakan pakatan rakyat meneruskan kempen jelajah ke seluruh negeri Melaka bagi mendapatkan tandatangan penduduk Melaka sebagai tanda membantah kenaikan harga air oleh kerajaan negeri di bawah Syarikat Air Melaka Berhad (S.A.M.B).

Petugas GERAM mendapatkan tandatangan peniaga di Pasar Besar Jasin


Jelajah kali kedua di Pasar Besar Jasin semalam mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat yang rata-rata tidak berpuas-hati dengan kenaikan bil air tersebut.

Seorang peniaga kedai runcit, Lim Pin Seng 65 yang di temui di pasar besar tersebut mengeluh dengan kenaikan tersebut.

“Setiap hari harga barang naik, dulu minyak naik, kemudian air naik dan sekarang elektrik pula naik, ini sangat membebankan saya sebagai peniaga yang sudah lama berniaga di sini” katanya yang sudah 10 tahun berniaga.

Petugas GERAM meminta tanda tangan seorang pengunjung Pasar Besar Jasin


Ada pengunjung yang di temui tidak sedar akan kenaikan bil air sejak 1 April lalu memandangkan notis rasmi tidak di keluarkan oleh S.A.M.B.

“Saya langsung tak tahu dan tak di maklumkan tentang kenaikan air, sedar-sedar terpaksa membayar lebih walaupun penggunaan hampir sama setiap bulan” ujar Yusof Ahmad dari Jasin.

Kadar lama tariff air adalah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 1-15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1 – 40 meter padu berikutnya dan RM1.33 sen untuk setiap meter padu berikutnya.

Manakala kadar baru pula ialah 55 sen bagi setiap meter padu untuk 15 meter padu pertama, 85 sen bagi setiap meter padu untuk 15.1 – 30 meter padu berikutnya, 0.95 sen bagi setiap meter padu untuk 30.1 – 35 meter padu berikutnya dan RM1.45 sen bagi setiap meter padu berikutnya. Kenaikan sebanyak 20% berbanding sebelumnya.

YB Tey Kok Kiew, ADUN Banda Hilir bersama petugas GERAM bergambar di Pasar Besar Jasin


Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Berhad (S.A.M.B) bagi mendapatkan maklum balas tentang ariff baru air dan jawapan yang di berikan adalah di sebabkan arahan dari pusat.

15 Minit Selepas Kematian Isteri

0 comments


KELUARGA bahagia, Md. Jan (berkaca mata hitam) dan isterinya, Kamsiah bersama anak dan cucu mereka kini tinggal kenangan apabila pasangan sejati itu meninggal dunia di Hospital Melaka kelmarin.


Ketika masih hidup, pasangan suami isteri, Md. Jan Abdul Hadi, 56, dan Kamsiah Bakau, 54, dianggap pasangan yang romantik oleh anak-anak dan masyarakat setempat.

Ke mana saja pasangan yang mempunyai enam anak berusia di antara 16 dan 31 tahun itu pergi, mereka tidak pernah berenggang dan sentiasa dilihat berdua.

Jika ke mana destinasi pun, pasangan yang telah berkahwin selama 32 tahun itu akan dilihat pergi bersama-sama, dan bagai pasangan pengantin baru, Md. Jan seorang pesara kerajaan dan Kamsiah juga akan bersarapan bersama hampir setiap hari.

Mungkin kerana terlalu akrab dan sentiasa berdua ketika masih hidup, pasangan itu secara kebetulan juga meninggal dunia pada hari yang sama.

Kamsiah terlebih dahulu meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi kelmarin sebelum diikuti Md. Jan yang lebih mesra dengan panggilan Pak Uda 15 minit kemudian.

Anak sulung pasangan itu, Nurman, 31, berkata, jika keluar berjalan-jalan, kedua-dua ibu bapanya tidak pernah berpisah dan akan pergi bersama-sama.

"Bukan saja keluar bersama, kereta yang dinaiki mereka juga mesti sama.

"Pernah suatu ketika dulu, ketika saya meminta emak dan abah naik kereta berasingan untuk keluar berjalan, mereka enggan berpisah dan meminta untuk bersama dalam satu kereta dan tidak kisah siapa yang memandunya," katanya di Kampung Kesang Jaya di sini semalam.

Nurman berkata, apa yang membuatkan dia begitu mengagumi ibu dan ayahnya, mereka juga tidak pernah lekang untuk bersarapan bersama setiap pagi.

"Ayah akan beli sarapan di luar dan dibawa ke rumah untuk makan bersama, jarang sekali mereka makan di luar mungkin kerana di rumah lebih selesa," katanya.

Sementara itu, anak kedua pasangan itu, Nor Azlina, 29, berkata, ibunya itu rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sebaik sahaja doktor memberitahu penyakit barah hati yang dihidapi oleh ayahnya semakin kritikal.

"Emak mungkin tidak dapat terima hakikat bakal kehilangan ayah menyebabkan dia terus rebah dan tidak sedarkan diri.

"Tidak lama kemudian ayah pula menurut jejak ibu," katanya.

Lima Murid Positif H1N1 di Jasin

0 comments

Lima murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kesang Tua terpaksa menangguhkan menduduki ujian bulanan sekolah selepas dinasihatkan kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah untuk dikuarantinkan di rumah masing-masing setelah disyaki mengalami Influenza A (H1N1).

Murid terbabit, berusia antara enam dan 12 tahun, dikenal pasti tinggal di sekitar kawasan Taman Kesang Damai dan Taman Kesang Indah.

Guru Besar, Ahmad Abd Wahab berkata, pada mulanya, ramai daripada muridnya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kemendor.

Menurutnya, Jumaat lalu, beberapa kakitangan Jabatan Kesihatan datang ke sekolah berkenaan untuk membuat pemeriksaan.

“Hasil daripada pemeriksaan itu, mereka mendapati seramai 24 murid sekolah mengalami demam dan batuk, di mana spesimen contoh diambil daripada lima orang untuk diuji.

“Sabtu lalu, Jabatan Kesihatan mengesahkan lima contoh diambil dari sekolah ini didapati positif jangkitan Influenza A (H1N1) dan Hospital Jasin ada membekalkan murid berkenaan ubat serta mereka diarahkan dikuarantin di rumah,” katanya. 

Sumber: Sinar Harian

H1N1 Meragut Nyawa Ibu dan Anak di Melaka

0 comments

Setelah tujuh bulan bebas daripada kematian akibat selesema babi Influenza A (H1N1), seorang ibu dan anaknya yang baru bersalin menjadi mangsa wabak maut itu apabila mereka meninggal dunia di Hospital Melaka di sini baru-baru ini.

Suri rumah, Maimunah Dimah, 54, dari Merlimau, meninggal dunia pada pukul 8.45 pagi Rabu lalu, ketika dirawat di Hospital Melaka.

Kelmarin (Jumaat) pula, anaknya, Sumari Madnor, 30, yang baru empat hari melahirkan bayi perempuan kedua meninggal dunia pada pukul 3.45 petang.