Tahniah Melaka! Teruskan Merokok


LANGKAH penguatkuasaan amat perlu bagi memastikan rakyat mematuhi larangan merokok di zon yang ditetapkan. - Gambar hiasan.


Hari ini Kementerian Kesihatan menambah tempat untuk merokok kepada penduduk Melaka. Adakah Kementerian Kesihatan tahu bahawa merokok membahayakan kesihatan? Mengapa perlu ditambah tempat untuk merokok?

Kementerian seolah-olah menghalalkan aktiviti merokok. Apa gunanya meletakkan peringatan pada kotak rokok sebaliknya menjual rokok kepada orang ramai. Tindakan ini seolah-olah main tarik tali.

Tindakan tidak serius kementerian kemungkinan akan mengundang padah sekiranya aktiviti merokok akan diperluaskan di negeri Melaka. 

Dibawah adalah petikan dari akhbar kosmo mengenai tajuk

Zon larangan merokok ditambah


MELAKA - Lebih banyak kawasan larangan merokok akan diwartakan berikutan peningkatan serius tabiat merokok di kalangan golongan muda terutama wanita.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, peningkatan yang membimbangkan itu diperoleh daripada kajian tabiat merokok di kalangan golongan muda yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia dengan keputusan terperinci akan diumumkan sebelum akhir bulan ini.

"Peningkatan memang serius kerana ada yang beranggapan menghisap rokok boleh kuruskan badan terutama dalam kalangan wanita. Itu anggapan yang silap, itu helah untuk tarik orang muda merokok," katanya kepada pemberita di sini semalam.

0 comments:

Post a Comment