Street Soccer Belia Bukit Beruang

Pagi tadi berlangsungnya kejohanan Street Soccer di Bukit Beruang. Sebanyak 10 pasukan telah menghantar wakil masing-masing yang diwakili oleh empat taman perumahan yang berdekatan.
Remaja yang terlibat berusia dalam lingkungan belasan tahun dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari mereka. 

Kejohanan ini dilangsungkan secara liga yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 3.00 petang.

Turut hadir dalam kejohanan itu adalah ADUN DAP dari Ayer Keroh, Khoo Paoy Tiong bersama pimpinan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Bukit Katil, Nazri Ariffin dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Bukit Katil, Jauhar Md Dawi. Hadir sama beberapa Pemuda Cawangan PAS Bukit Beruang.

Dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak menarik perhatian kepada beila disamping mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dikala musim gejala sosial yang kian menjadi-jadi akhir-akhir ini. 

Semoga belia Bukit Beruang akan terus bersama dalam setiap program yang bakal diadakan sebagai satu sukan yang menjadi rutin kepada mereka.

0 comments:

Post a Comment