Buaya Di Pantai Pengkalan Balak

Hasrat satu keluarga bergembira sempena hari keluarga tahunan di pantai peranginan Pengkalan Balak tidak kesampaian apabila mereka terserempak dengan dua ekor buaya di pantai berkenaan, petang semalam.

Kejadian mengemparkan itu berlaku jam 2.45 petang, sekali gus membantutkan hasrat keluarga berkenaan yang berasal dari Kampung Umbai, di sini, meneruskan aktiviti dirancang

Salah seorang peserta program berkenaan, Norfadilah Mohd Baroldin, 22, berkata, salah satu buaya yang dilihatnya itu bersaiz dalam anggaran hampir empat meter panjang.

Menurutnya, penemuan mencemaskan itu sempat dirakamkannya menerusi telefon bimbit berkamera miliknya sebelum buaya itu turun semula ke laut.

1 comments:

hainom OKje said...

betul ke ni....nak pergi esok!

Post a Comment