Adakah Melaka Wonderland Akan Ikut Jejak Eye On Malaysia

Melaka yang terkenal kerana pelbagai produk pelancongannya, menambah satu lagi daya tarikan apabila Melaka Wonderland iaitu taman tema dan resort bernilai RM80 juta dibuka kepada orang ramai hari ini.

Melaka Wonderland adalah sebuah taman tema air yang setanding dengan Sunway Lagoon di Kuala Lumpur, menyediakan permainan berasaskan air khusus untuk mereka yang berkeluarga, remaja, kanak-kanak dan warga emas.

Taman tema yang dibina di kawasan seluas 9.2 hektar terletak di belakang Taman Botanikal di Ayer Keroh, menyediakan 16 jenis permainan berasaskan air dan mampu menampung kira-kira 8,000 pengunjung dalam satu-satu masa.

Adakah Melaka Wonderland akan mengikuti jejak langkah Eye On Malaysia? Mungkin hari ini di Ayer Keroh ia dibuka dan suatu hari nanti berdekatan dengan Pantai Klebang yang dalam proses pembinaan.

0 comments:

Post a Comment