Melaka Mencatatkan Kenaikan H1N1

Melaka mencatatkan 198 kes Influenza A (H1N1) sejak Januari lalu dan 1,937 kes penyakit serupa influenza (ILI), sekali gus menunjukkan perbezaan sebanyak 338 kes H1N1 berbanding tahun lalu.

Sementara, 7,240 pelali H1N1 diberikan kepada enam kategori penerima daripada 11,500 yang dibekalkan Kementerian Kesihatan bagi negeri ini.

Daripada jumlah itu, seramai 2,797 orang awam menerima ubat pelali berkenaan, selain 4,445 petugas hadapan, kakitangan kesihatan (2,614), kakitangan bukan kesihatan (1,851), golongan berisiko tinggi (1,149) dan bukan berisiko (1,646).

0 comments:

Post a Comment