Menjijikan...


MOHD. DERUS melihat tandas di sebuah restoran yang dijadikan sebagai tempat menyimpan bahan mentah dan peralatan memasak di Banda Hilir semalam.


 Dipandang dari luar, sebuah kedai makan di Plaza Mahkota, Banda Hilir di sini kelihatan cantik dan bersih.
Namun imej cantik dan bersih itu terhakis dan diganti imej menjijikkan sebaik sahaja melihat tandas restoran berkenaan.

Keadaan menjijikkan itu bukan kerana tandas di situ kotor, namun tindakan pengusaha kedai makan berkenaan menjadikan tandas di situ sebagai tempat menyimpan bahan mentah masakan seperti bawang dan minyak masak serta periuk yang tentunya memualkan pelanggan apabila melihat keadaan tersebut.

Lebih memeranjatkan, tidak cukup satu tandas digunakan, sebuah lagi tandas di situ turut digunakan sebagai stor.

0 comments:

Post a Comment