Restoran dan Lipas


Memual-kan dan menjijikkan!

Rak menyimpan makanan di sebuah restoran 24 jam di sini, menjadi tempat ‘membela’ lipas. Itu adalah antara situasi ketika operasi kebersihan bersepadu dijalankan secara besar-besaran.

Tidak cukup dengan itu, beberapa pekerja restoran terbabit turut didapati menyalahi peraturan penyediaan makanan apabila tidak memakai apron sewaktu mengendalikan makanan.

Akibatnya, pengusaha restoran dikompaun atas dua kesalahan iaitu kekotoran premis dan gagal mematuhi peraturan penyediaan makanan.

Ia melibatkan sekitar kawasan Ayer Keroh, Bukit Beruang, Batu Berendam dan beberapa pusat pelancongan sekitar Ayer Keroh di sini.

Dalam operasi itu, sebanyak 99 kompaun dikeluarkan kepada premis makanan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak memakai apron, penutup kepala dan kakitangan premis tidak mendapatkan suntikan thyfoid.
 
Mereka juga dikenakan tindakan kompaun kerana menyediakan makanan di tempat yang tidak bersih di samping mengabaikan kebersihan diri seperti memiliki kuku panjang.
 
Sebanyak 12 premis makanan diarah tutup sementara kerana didapati tahap kebersihannya kurang memuaskan dan kotor.
 
Mereka telah diberi tempoh selama 14 hari supaya membersihkan premis masing-masing sebelum dibenarkan membuka semula perniagaan.

Tumpuan tidak terkecuali pada restoran makanan segera terkenal, kedai serbaneka di stesen minyak, restoran 24 jam dan penjaja kecil di tepi jalan.

0 comments:

Post a Comment