Gara-gara ceramah UMNO yang dipimpin oleh Ketua Menteri Melaka pada 15 Feb lalu tidak mendapat sambutan, UMNO kali ini cuba menarik perhatian penduduk setempat apabila menggunakan masjid sebagai pentas politk atas nama menggunakan untuk forum perdana.
Sebelum ini ceramah yang dianjurkan oleh UMNO/BN tidak mendapat sambutan kerana pada masa yang sama juga Pakatan Rakyat juga mengadakan ceramah dan dibarisi oleh Dr Hatta, Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan lain-lain lagi.
Ali Rustam sebelum ini mengkritik tindakan Pakatan Rakyat berceramah pada Malam Maulidur Rasul yang cuba meraih populariti dan beliau lebih teruk dari tiu kerana memaki hamun pelajar terlanjur yang berada di Sekolah Harapan yang mana beliau sendiri tubuhkan ketika Malam Maulidur Rasul.
UMNO secara jelas terdesak sehinggakan menjadikan masjid sebagai gelanggang politik tetapi apabila pimpinan Pakatan Rakyat menyampaikan kuliah, mereka segera tutup masjid seperti yang berlaku di beberapa masjid dalam negara.
0 comments:
Post a Comment