Showing posts with label Merlimau. Show all posts
Showing posts with label Merlimau. Show all posts

Kerajaan Melaka Buruk Siku

0 comments


PRK Merlimau dilayan seperti ahli syurga... ditabur rezeki macam tabur duit ke tanah. Benda yang tak patut pun dapat juga. Ali Rustam sampai berjanji pada monyet nak buka taman khas untuk monyet..... wifi percuma seluruh merlimau dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. Tapi lepas pilihanraya semua wifi tu dah tak berpungsi..... ini cara lanun kepala hitam memerintah...


Baru - baru ni kerajaan Melaka naikkan tarif air seluruh negeri. Ini adalah usaha sulit UMNO nak punggut semula apa yang dah ditaburkan di Merlimau baru2 ni. Begitu juga saya diberitahu oleh anak2 Melaka di Mesir bahawa sewa rumah negeri Melaka di Mesir dinaikkan sekembali mereka melanjutkan pelajaran baru2 ni. Sebenarnya, ini adalah usaha Kerajaan Melaka nak cover balik wang tiket free yang diberikan baru2 ni. Dah le harga tiket yg dikeluarkan tak ikut harga pasaran ( RM2180 pergi aja ), mana ada negeri lain beli tiket harga macam itu? Apa yang saya dengar sekitar harga RM1400. Mungkin Ali Rustam sewa kapal angkasa kot..... Sebab itu pelajar Al Azhar yang sokong UMNO tu kena cerdik sikit politik kotor ni.


Saya semenjak duk kat Mesir lagi dah lawan Umno ni, sebab dah tahu pekong Umno, kalau tak menipu, bukan Umno namanya. Contoh: mana ada hukum wang zakat tukar nama pinjaman? Nak dapat zakat mesti ambil pinjaman sekali? Inilah mazhab Umno gila! sebab itu satu sen pun saya tak gunakan duit kerajaan negeri semasa belajar di Mesir dulu. Jadi adik - adik yang cuba nak sokong Umno tu kena belajar - belajar le menipu, nanti balik Melaka cepat dapat kerja. Orang belajar agama nak tinggikan izzah, tapi kita belajar nak jatuhkan maruah. Justeru, saya berpesan anak Melaka yang dianak tirikan oleh kera - kera sumbang Umno ni, bersabarlah sedikit masa lagi. banyakkan bermunajat.... kita ada Allah, mereka cuma da duit aja ...... Apa yang mereka buat khianat terhadap pelajar agama... tunggu masa balasan Allah swt. Tuhan kita tak tidur..... macam Ali Rustam membuta...

Blog Ketua Pemuda PAS Melaka: Ustaz Kamarudin Sidek

Akhbar Yang Digunakan Untuk Fitnah

0 comments


Inilah akhbar yang selalu digunakan oleh BN dalam menabur fitnah. Setiap pagi mereka akan berada di tepi jalan untuk mengedarkan akhbar percuma ini beserta dengan risalah fitnah. Puteri dan wanita turut terlibat dalam membuat aktiviti kempen fitnah ini.

Lokasi biasa mereka mengedarkan akhbar ini ialah di Jalan Batu Gajah berdekatan dengan Bilik Gerakan BN. Masa biasa mengedarkan risalah fitnah ini adalah sekitar jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Tindakan ini juga menampakkan BN semakin terdesak dalam berkempen.

Antara akhbar yang dijadikan kuda tunggangan BN ialah Utusan Malaysia, Berita Harian serta akhbar milik negeri Melaka itu sendiri iaitu Melaka Hari Ini. Penyebaran fitnah ini bertukar strategi dari rumah ke tepi jalan raya.

Risalah fitnah ini juga bertebaran di kedai makan sekitar Merlimau. Biarpun BN menafikan bahawa bukan mereka yang menyebarkan tetapi bukti telah diambil ketika mereka mengedarkan akhbar tersebut. Kejadian ini harus dipantau oleh pihak berkenaan supaya tiada pergolakan dalam kempen pilihan raya.

Tangan Syaitan Pancitkan Tayar dan Pecahkan Cermin

0 comments






Sekarang sudah tiba musim dajjal dan syaitan berkeliaran di Merlimau untuk membuat kacau dan berkeliaran dengan upah-upah yang durjana. Siapakah kepala syaitan yang mengajar balci-balacinya menjadi syaitan bertopengkan manusia ini?

Musim syaitan dengan tangan-tangan hantunya berkeliaran menaggalkan poster calon Pakatan Rakyat dan yang paling kita bimbang adalah perangai macam Israel di Palestin. Keganasan yang ditunjukkan oleh syaitan-syaitan ini jelas membuktikan mereka takut dengan kebenaran dari Allah.

Akibat takut akan kemungkaran, maka syaitan ini bertempiaran lari sehinggakan dirinya menjadi panas serta merosakkan kereta orang awam dengan membaling batu. Berdekatan dengan kubur, syaitan itu tidak ada hala tuju. Kemungkinan syaitan itu dari bangsa yang selalu menimbulkan perkauman.

Syaitan seperti ini hanya wujud dalam negara ini sahaja. Memandangkan syaitan ini kelas F, maka sudah diduga dari parti manakah syaitan ini wujud. Syaitan ini wujud dikalangan orang-orang yang menegakkan kebangsaan.

Baru sebentar tadi di tempat ceramah Anwar di Chin Chin, syaitan ini memancitkan tayar dan memecahkan cermin mereka yang datang mendengar ceramah. Betapa syaitan-syaitan ini ketandusan idea dan semakin takut akan kebenaran yang di bawa oleh Pakatan Rakyat.

Kita doakan agar syaitan-syaitan ini mati dalam rupa manusia dan tidak menyusahkan rakyat. Syaitan sedemikian kemungkinan datangnya dari pihak yang tidak bertanggungjawab seperti komponen parti yamng bercelaru.

Beginilah keadaan di Merlimau yang dipenuhi syaitan-syaitan. Syaitan ini sememangnya menolak Islam dan suka melaga-lagakan pihak yang berada pada kebenaran. Semakin terdesak syaitan ini, semakin hancur ditelan api yang bakal merencanak bencana yang dahsyat.

Malam Ini UMNO Suka Masjid

0 comments


Gara-gara ceramah UMNO yang dipimpin oleh Ketua Menteri Melaka pada 15 Feb lalu tidak mendapat sambutan, UMNO kali ini cuba menarik perhatian penduduk setempat apabila menggunakan masjid sebagai pentas politk atas nama menggunakan untuk forum perdana.

Sebelum ini ceramah yang dianjurkan oleh UMNO/BN tidak mendapat sambutan kerana pada masa yang sama juga Pakatan Rakyat juga mengadakan ceramah dan dibarisi oleh Dr Hatta, Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan lain-lain lagi.

Ali Rustam sebelum ini mengkritik tindakan Pakatan Rakyat berceramah pada Malam Maulidur Rasul yang cuba meraih populariti dan beliau lebih teruk dari tiu kerana memaki hamun pelajar terlanjur yang berada di Sekolah Harapan yang mana beliau sendiri tubuhkan ketika Malam Maulidur Rasul.

UMNO secara jelas terdesak sehinggakan menjadikan masjid sebagai gelanggang politik tetapi apabila pimpinan Pakatan Rakyat menyampaikan kuliah, mereka segera tutup masjid seperti yang berlaku di beberapa masjid dalam negara.

NGO ialah Barisan Nasional?

0 comments


Tidak pernah didengari bahawa Non-Goverment Organisation (NGO) itu adalah sebuah badan kerajaan. Non itu sendiri melambangkan bukan tetapi UMNO/BN semakin hari semakin bodoh dalam membezakan istilah dalam Bahasa Inggeris.

Adakah mereka tahu apa itu Non dalam Bahasa Inggeris sehinggakan terlalu jahil mengatakan NGO itu adalah Barisan Nasional. NGO ialah pertubuhan bukan kerajaan dan bukan parti politik serta ia bergerak bebas. Tetapi di Merlimau, NGO itu ada sebuah bilik gerakan yang ditaja oleh Barisan Nasional.

Melihat kepada situasi sekarang, UMNO/BN seperti ketiadaan jentera tambahan sehinggakan NGO turut dipolitikkan sama. Lebih baik tukar sahaja NGO itu kepada Barisan Nasional Government Organisation (BNGO).

Bilik gerakan itu juga adalah untuk blogger dan NGO sebagai medan untuk mereka berkempen di DUN Merlimau. Antara NGO Barisan Nasional ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Perkasa, MAYC, Silat selendang Merah dan Gerak Insan yang bertempat di KM 24 Jalan Melaka Muar, Merlimau.

Ali Rustam juga menaja blogger-blogger untuk Barisan Nasional dengan jumlah RM20,000. Pasukan blogger tersebut adalah dikalangan blogger-blogger UMNO yang ditugaskan untuk PRK di DUN Merlimau ini.

Projek Terbaik Melaka

3 comments














Rakyat di setiap kawasan yang kematian ahlli parlimen dan adun akan menikmati pembangunan lebih cepat berbanding pembangunan yang diperintah oleh kerajaan UMNO/BN itu sendiri. Ini kerana kerajaan akan menyalahgunakan segala jenteranya seperti syarikat air, Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Kerja Raya.

Sebagai contoh yang terdekat untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau ini. Bnyak jenis jentera yang pelik berwarna merah untuk tujuan membaiki jalan. Sebelum ini rakyat pernah mengadu bahawa kerosakkan jalan perlu diperbaiki tetapi tidak diendahkan oleh pihak berwajib.

Namun selepas wakil rakyat meninggal barulah kerja-kerja menyegeran seperti maggi goreng ini rancak dijalankan. Ini membuktikan bahawa wakil rakyat UMNO/BN tidaklah penting semasa hayat mereka masih hidup. Tetapi selepas meninggal, projek datang mencurah-curah seperti mendapat durian runtuh.

Bukan di DUN Merlimau sahaja projek dicurahkan. Namun sebelum pilihan raya sebelum ini seperti di DUN N.45 Galas (Kelantan), N.05 Tenang (Johor), N.27 Merlimau (Melaka) dan terkini di DUN Kerdau akan menerima habuan selepas kematian wakil rakyat.

Sumber: kijang59