Akhbar Yang Digunakan Untuk Fitnah


Inilah akhbar yang selalu digunakan oleh BN dalam menabur fitnah. Setiap pagi mereka akan berada di tepi jalan untuk mengedarkan akhbar percuma ini beserta dengan risalah fitnah. Puteri dan wanita turut terlibat dalam membuat aktiviti kempen fitnah ini.

Lokasi biasa mereka mengedarkan akhbar ini ialah di Jalan Batu Gajah berdekatan dengan Bilik Gerakan BN. Masa biasa mengedarkan risalah fitnah ini adalah sekitar jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Tindakan ini juga menampakkan BN semakin terdesak dalam berkempen.

Antara akhbar yang dijadikan kuda tunggangan BN ialah Utusan Malaysia, Berita Harian serta akhbar milik negeri Melaka itu sendiri iaitu Melaka Hari Ini. Penyebaran fitnah ini bertukar strategi dari rumah ke tepi jalan raya.

Risalah fitnah ini juga bertebaran di kedai makan sekitar Merlimau. Biarpun BN menafikan bahawa bukan mereka yang menyebarkan tetapi bukti telah diambil ketika mereka mengedarkan akhbar tersebut. Kejadian ini harus dipantau oleh pihak berkenaan supaya tiada pergolakan dalam kempen pilihan raya.

0 comments:

Post a Comment