MAIM Khianat



MAIM telah menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan Regal Merger Sdn Bhd ( RMSB ) pada 13 Disember 2002. RMSB dikehendaki membina komplek MAIM di PT 1155,Bandar Bukit Baru,Daerah Melaka Tengah dalam tempoh 18 bulan dari tarikh surat perjanjian ditandatangani dengan kos pembinaan berjumlah RM10.16 juta. Sebagai balasan,RMSB diberi hak membangunkan tanah di PT83 dan MAIM akan memindah milik PT 83 kepada RMSB sebaik sahaja pembinaan Komplek MAIM selesai.

RMSB telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Komplek MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada 13 jun 2004,sebaliknya membina projek pembangunan lima tingkat Komplek Perniagaan dan 30 unit rumah kedai tiga tingkat di atas PT 83.

Pihak RMSB telah memecahkan PT 83 kepada lima lot kecil iaitu lot 105 hingga lot 109 dengan               kelulusan pejabat Tanah dan Galian Melaka pada14 Disember 2006.Selanjutnya, RMSB telah               telah berjaya menjual lot 106 pada 7 Februari 2007 kepada BC Lim Enterprise dengan harga        RM10.5 juta dan lot 105 kepada Universiti Terbuka Malaysia pada 8 Oktober 2007 dengan harga          RM10.4 juta.

RMSB juga didapati telah melantik Wira Sentral (M) Sdn.Bhd.selaku Kontraktor dan pengurus Projek bagi membina projek pembangunan lima tingkat Komplek perniagaan dan 30 unit rumah kedai tiga tingkat di atas PT 83.

Kegagalan RMSB membina Komplek MAIM menyebabkan MAIM terpaksa membangunkan sendiri Komplek tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat.

Maka kami mendesak agar suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulakan penyiasatan ke atas Datuk Sri Mohd Ali Rustam selaku Pengerusi MAIM dan Majlis Agama Islam (MAIM) diatas perkara-pekara berikut :

a) Pengunaan wang zakat RM13.85 juta bagi membina Kompleks MAIM                     
b) Penjualan Tanah Milik MAIM di lot 105 dan lot 106 pecahan kepada PT 83 kepada pihak ketiga        
c) Penyerahan Hak Milik Tanah MAIM juga didapati telah menyerahkan surat Hak Milik PT 83 RMSB pada
d) RMSB pada 13 Oktober 2006 sedangkan mereka tahu bahawa RMSB telah gagal memajukan Komplejs MAIM mengikut perjanjian asal.
            e) Mengapa MAIM tidak mengambil tindakan undang-undang kepada RMSB.Apakah                                      Individu di dalam MAIM juga mempunyai kepentingan di dalam RMSB

Adly Zahari
Timbalan pesuruhjaya 1 PAS MELAKA


Songlap zakat sila klik sini

0 comments:

Post a Comment